Tuesday, August 27, 2013

Isu TPPA Dan Kenapa Kita Perlu Bangun Dan Membantah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik )

Pada beberapa hari yang lepas, penulis berkesempatan mendengar taklimat tentang TPPA oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Melayu atau lebih dikenali sebagai MTEM. Sebelum ini, seperti rakan-rakan yang lain, penulis sendiri tidak tahu apa itu TPPA dan apakah agenda yang terkandung di dalam setiap rundingannya. penulis juga percaya sebahagian besar rakyat Malaysia juga tidak tahu apa itu TPPA. tapi, tahukah semua bahawa TPPA ini boleh membawa kesan yang amat besar kepada ekonomi Malaysia? ekonomi rakyat tempatan terutamanya? kerana hasil perjanjian dari TPPA ini akan membenarkan kuasa-kuasa asing berkuasa mengawal ekonomi negara kita terutamanya kuasa dari Amerika. Dalam erti kata lain, perjanjian TPPA ini merupakan satu bentuk penjajahan terhadap kuasa ekonomi negara kita. 

Jadi apakah TPPA ini? dibawah ini adalah artikel yang penulis dapat dari saudara Anas Alam yang akan menerangkan apakah TPPA, apakah isu yang terkandung, dan mengapa kita perlu membantah.


P.O.L.I.T.I.K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

POLITIK

Bagi sesetengah anak muda, isu politik adalah membosankan, ditolak tepi dan hanya dipandang sebelah mata. bagi mereka, tidak penting dan hanya menyerabutkan kepala otak mereka. selain dek kerana isu politik yang kelihatannya berat untuk mereka hadam, politik juga dianggap satu permainan yang hanya dipenuhi kekotoran tipu helah oleh tangan-tangan manusia yang rakus kepada kuasa dan menambah kekayaan.

Dahulu, penulis juga bertanggapan sedemikian. Namun, apabila semakin dewasa dan bersikap lebih terbuka, isu politik ini sedikit sebanyak perlu di ambil tahu dan sedikit sebanyak walaupun kita tidak sepenuhnya berada di alam politik, tetapi kesan politik juga akan mempengaruhi kehidupan kelak.

Hal ini dapat kita lihat terutamanya ketika pilihanraya. seperti yang kita tahu, negara kita baru menghadapi pilihanraya ke -13 baru-baru ini. Pada waktu ini lah, kita perlu membuat pilihan yang kritis dalam memilih seiapa pemimpin kita dan menilai kewibawaan beliau dalam mentadbir negara kita. tanpa memilih dan memangkah kertas undi secara sembrono, penilaian terhadap politik negara perlu dilihat dari masa ke semasa. perlaksanaannya sepanjang 5tahun membawa hala tuju negara. Walau apa pun, syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik pada pilihanraya yang lepas walaupun wujud sedikit kekecohan akibat tidak kepuas hatian sesetengah pihak yang kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Sebagai salah seorang anak muda negara ini, penulis juga bukan seorang yang mendalami drama politik negara kita sepenuhnya. Namun, penulis berpendapat, kita seharusnya perlu tahu serba sedikit tentang negara tanahair tercinta kita ini supaya kita tidak silap dalam menentukan kepimpinan negara kita kelak.

sekian, wassalam. ^_^